Pages

eeda kayrolakmal
Barangsiapa bertawakal kepada ALLAH, DIA akan mengadakan jalan keluar & memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka
Blog ini milik eeda kayrolakmal. Powered by Blogger.

Saturday, October 26, 2013

GLA Shaklee



Dh masuk botol ke dua che dah makan GLA. First time makan, lepas keguguran hari tu. Memb yang suggestkan, after try x sampai sbulan che dah peknen. Tp dah bukan rezki chedah keguguran. So after that still continue makan GLA ni lagi. Dh nak masuk botol ke 2. Yang che dah perasan period makin ok. Klu x ting tong je. So layan jap ye kebaikan GLA Complex Shaklee.





GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. Kebiasaannya digunakan untuk regulate kitaran haid, simptom PMS, sakit kepala dan untuk mereka yang menopause. Selain itu, GLA Complex ini amat bagus untuk skin texture, skin repair dan buat skin glowing.




Mari kita baca kebaikan GLA COmplex Shaklee :





· Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid.
· Meningkatkan kesuburan.
· Melegakan PMS (Pre-Menstuatation Syndrome)
· Membantu dalam menangani menopause.
· Menguatkan kuku & rambut.
· Menjadikan kulit lebih sihat & berseri-seri.
· Membantu menangani ekzema.
· Melegakan symptom akibat Rhematoid Artritis.
· Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri.
· Menguatkn immuniti badan.
· Mempelahankn process penuaan.
· Mengurangkn “blood clot” yang menyebabkan serangan jantung.
· Mengawal kencing manis
· Mengawal kolesterol.
· Bagus untuk saraf.

Kek marble lagi

Kek marble lagi..
Ni second time che dah buat kek marble.. bertambah elok..haha..best2 akhirnye kek marble i jadi cantik skit. Klu sapa nak resepi boleh rujuk di sini.
Kek ni hanya bertahan 2 hari ja..haha..sekejap je dh habis. Tak sangka plak hubby che dah puji sbb sedap. Kembang n bertambah kembangla pas ni.hehe
Ni la first time tgk hubby che dah makan kek mcm makan nasik..hehe..klu sebelum ni kalu wat kek makan just satu n dua slice je. Pasni leh wat kek harijadi la...hehe..

Selamat mencuba kawan2..
kali ni elok skit rupenye...hehe

Thursday, October 24, 2013

Nikah gantung (khitbah)




Just want to share about nikah gantung @ dikenali nikah khitbah

Contoh bagi student yang study, nak kawin tapi masih belum mampu untuk menyediakan pakaian, makanan @tempat tinggal. Pihak suami diberikan keringanan dalam keperluan nafkah zahir. Maka isteri tadi masih lagi dalam tanggungan kedua-dua ibu bapa. Sekiranye persetubuhan berlaku maka suami wajib memberi nafkah zahir dan batin kepada isteri. 
Kebanyakkan orang mengatakan bahawa nikah gantung ini bertujuan untuk mengelakkan berlakunya zina. Sebut-sebut nikah gantung ni selalunya kita dengar kepada anak-anak muda yang masih menuntut ilmu atau mabuk bercinta, takut makwe dan pakwe dirampas orang lain, maka mereka sanggup merancang untuk kahwin gantung.Sebelum membuat keputusan kawin gantung ni, terlebih dahulu minta izin ibu bapa dahulu, jangan buat ikut nafsu sahaja, sebab masih banyak lagi tanggungjawab yang belum kita selesaikan terutamanya tanggungjawab sebagai seorang pelajar, tanggungjawab anak kepada ibu bapa yang berharap anak mereka memdapat kejayaan dalam pelajaran dan banyak lagi. Kalau ibu bapa bagi kawin, maka ia tidak menjadi masalah untuk melaksanakan perkahwinan. Redho ibu bapa ini penting sebab di situ ada keberkatannya. Hadis Nabi yang bermaksud :
Redho Allah itu atas redho kedua ibu bapa”.
Tidak boleh bersama bagi penganting lelaki yang belum bayar maskahwin kepada isterinya, kerana maskahwin adalah wajib, jika dia gagal membayarnya, maka dia tidak boleh lagi bersama dengan isterinya. Kalau boleh jangan berhutang maskahwin sebab dia tidak mahal. Beza dengan hantaran, kadang-kadang kita dengar hantaran sampai puluh-puluh ribu. Perkahwinan ini bertujuan untuk mencari keberkatan dan mencari kebahgiaan, janganlah sampai menyulitkan atau memayahkan pihak penganting lelaki dengan jumlah yang tinggi sehingga dia terlibat pula dengan hutang. Penganting lelaki dan perempuan boleh bersama jika wang hantaran belum dibayar, kerana hantaran adalah sunat. Tentang maskahwin pihak pengantin lelaki boleh berbincang dengan pengantin perempuan dengan cara yang baik. Kadang-kadang ada pengantin perempuan yang sanggup berikan duit maskahwin kepada suaminya untuk kegunaan tertentu seperti belajar, yuran dan sebagainya, maklumlah pengantin lelaki masih belajar. Ada setengah wanita dia tetapkan maskahwinnya murah dan ada yang minta Al-Quran sahaja. Apa-apapun berbincanglah dan selesaikanlah segala kesukaran dengan cara yang baik dan hikmah.

Rujukan di sini

Wednesday, October 23, 2013

Template blog

Salam semua..

Sape-sape nak cantikkan lagi blog , leh la ambik template kat link di sini
Macam-macam ada. nak layout flower, kitchen, animal, apple

Jom layan gambar yg che dah capture






ni layout tema flower




Thursday, October 17, 2013

Marble kek

corak x menarik sebab terlupa nak buh susu pekat, so masa tu dh letak pewarna koko terpaksa la gaulkan jugak..
Semua orang dah mula bekerja. Che dah masih bercuti ..Aduh nak buat apa ye kat rumah ni...try buat kek marble la. Kek tradisi orang dulu-dulu. Klu buat kek ni teringat kat arwah tok che dah. Dia cukup suka kek marble ni. Sedap katanye berbanding kek yg beli. Ni resepi orang lain plak. Resepi asal di sini
Jom try buat ni bahan-bahannye
227 g mentega
170 g tepung gandum
170g gula caster
5 biji telur 
3 sb susu pekat
1 sk baking powder
1 sk esen vanilla
1 sb ovalette
3-4 sudu makan serbuk koko (guna coklat emulco)

Cara buat:
Ayak tepung bersama baking powder. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan susu & esen vanilla
Bila gula dh kembang masukkan telur sebijik demi sebijik.Masukkan ovalette 
Akhir sekali masukkan tepung sikit demi sedikit.
Kacau 1 arah sahaja. Bakar guna loyang 8 inch. Jgn lupa sapukan mentega pada loyang supaya tidak melekat
Bahagi kepada 2 bahagian. Koko n warna asal. so nak cantik selang selikan letak koko n warna asal.
Nak cantik lagi lorekkan guna lidi..
Bakar pada suhu 170'c selama 50 minit.



masa dh siap dibakar


Kek ni sedap sgt..gebu je jadinye..so selamat mencuba..jgn takut mencuba. Chedah pn x pandai gak bab2 membaking ni..tak pernah pun attent class masak2..so kawan2 leh la mencuba


Monday, October 14, 2013

Kek Rainbow

Dh lama nak try buat kek ni..tp tu la dok pikir sapa nak makan byk2 tu..hehe..alasan je ni..so memandangkan anak buah & adik2 blik raya haji ni..so che dah pn try la buat kek ni...nak kata susah x jugak..cuma renyah je (bahasa org kedah)
so ni resepi yang che dah guna..resepi asal di sini

Bahan bahan;
3 cawan( 426g)  tepung gandum
4 sdk baking powder
1/2 sdk garam
1 cwn butter(226g) - suhu bilik
2 cwn gula caster
5 bji putih telur - suhu bilik
1 1/2 cwn susu segar - suhu bilik
pewarna
sediakan loyang 8 inc - ada 2 loyang je
Sapu loyang dengan butter dan alas dengan baking paper
panaskan oven suhu 170 c api atas bawah..

Cara penyediaan:
Mula2 ayak tepung , baking powder n garam - ketepikan. Dalam bekas mixer, pukul butter n guka smpai gebu nbertujar warna putih
Masukkan telur putih n pukul sampai gebu n ringan
Masukkan esen vanilla
Slowkan mixer n masukkan tepun berselang seli ngan susu
Buat hingga habis
Bahagikan kepada 6 bekas..tp che dah buah 5 je ni sbb nye pewarna kat rumah dh habis..yg ada pn warna x menarik..
Bakar selapis selapis ye..Bila dh bakar redai dulu n baru tebalikkan..Jangan di tindih kek tersebut
Ni la hasil rainbow kek che dah..


kek yg sedap ble di makan dengan cream cheese frosting..


Saturday, October 12, 2013

Almond Karamel Crunchy

Sempena Aidiladha...ni la kuih hari raya yg paling simple che dah buat..Asalnye nak buat masa hari raya aidilfitri, tapi disebabkan tepung florenta habis so x berkesempatan la nak buat..Untuk kali ni jugak tepung florenta tu x ada jugak, tapi kedai evergreean parit buntar ni dh sedia siap badam, kacang, koci n biji sawi siap2 dengan tepung..so blik just gaul n bakar.very simple...harga nye rm 25...boleh dapat byk gak...so selamat mencuba.

tara ni la hasillnya..sedap hingga licin balang..hehe