Pages

eeda kayrolakmal
Barangsiapa bertawakal kepada ALLAH, DIA akan mengadakan jalan keluar & memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka
Blog ini milik eeda kayrolakmal. Powered by Blogger.

Thursday, October 17, 2013

Marble kek

corak x menarik sebab terlupa nak buh susu pekat, so masa tu dh letak pewarna koko terpaksa la gaulkan jugak..
Semua orang dah mula bekerja. Che dah masih bercuti ..Aduh nak buat apa ye kat rumah ni...try buat kek marble la. Kek tradisi orang dulu-dulu. Klu buat kek ni teringat kat arwah tok che dah. Dia cukup suka kek marble ni. Sedap katanye berbanding kek yg beli. Ni resepi orang lain plak. Resepi asal di sini
Jom try buat ni bahan-bahannye
227 g mentega
170 g tepung gandum
170g gula caster
5 biji telur 
3 sb susu pekat
1 sk baking powder
1 sk esen vanilla
1 sb ovalette
3-4 sudu makan serbuk koko (guna coklat emulco)

Cara buat:
Ayak tepung bersama baking powder. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan susu & esen vanilla
Bila gula dh kembang masukkan telur sebijik demi sebijik.Masukkan ovalette 
Akhir sekali masukkan tepung sikit demi sedikit.
Kacau 1 arah sahaja. Bakar guna loyang 8 inch. Jgn lupa sapukan mentega pada loyang supaya tidak melekat
Bahagi kepada 2 bahagian. Koko n warna asal. so nak cantik selang selikan letak koko n warna asal.
Nak cantik lagi lorekkan guna lidi..
Bakar pada suhu 170'c selama 50 minit.



masa dh siap dibakar


Kek ni sedap sgt..gebu je jadinye..so selamat mencuba..jgn takut mencuba. Chedah pn x pandai gak bab2 membaking ni..tak pernah pun attent class masak2..so kawan2 leh la mencuba