Pages

eeda kayrolakmal
Barangsiapa bertawakal kepada ALLAH, DIA akan mengadakan jalan keluar & memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka
Blog ini milik eeda kayrolakmal. Powered by Blogger.

Tuesday, December 24, 2013

Snow cheese cake

Parutan cheese teralu halus
Hari ni genap 5 tahun usia perkahwinan che dah ngn suami..cepat sungguh masa berlalu...macam baru semalam je kawin...sepanjang 5 tahun usia perkahwinan ni che dah ter sangat bahagia bersama suami..walaupun kami masih berdua, setiap yg terjadi ada hikmah disebaliknye..Semoga kami tabah n redha dengan ujian ALLAH...Dok wat ayat sedih plak...
Nak story resepi snow cheese cake ni..buat cake ni sempena anniversary..Ni kali ke 2 che dah wat kek ni...makan modal gak buat kek ni..hehe..padanla org yg jual online tu ambik mahal harganye..
Resepi asal dari sni

SNOW CHEESE CAKE

UNTUK KEK:
6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
100 gram gula halus
100 gram tepung hong kong (che dah guna superfine)
60 gram tepung jagung (maizena)
50 gram air sejuk (dr peti ais)
1 sudu teh baking powder
2 sudu makan ovelet
75 gram mentega (dicairkan)

UNTUK KRIM:
1 kotak cream cheese philadelphia
1/2 tin susu pekat manis- (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2)

UTK TOPPING:
1/2 kotak kraft cheddar cheese (diparut)
Blueberry filling

Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan2 kecuali mentega cair dan putar.
2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
3. Sediakan acuan yang telah dialas dgn kertas minyak atau yang telah disapu dgn sedikit butter.
4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 170C.
5. Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.
6. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi,pas tu che dah letak plak bluebery filling kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
8. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
9. Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong.

Ni hasil kek che dah

Dari sudut atas..hehe
1 time buat..tempat parut x ada..so terpaksa potong2 cheese tu