
Just want to share about nikah gantung @ dikenali nikah khitbah
Contoh bagi student yang study, nak kawin tapi masih belum mampu untuk menyediakan pakaian, makanan @tempat tinggal. Pihak suami diberikan keringanan dalam keperluan nafkah zahir. Maka isteri tadi masih lagi dalam tanggungan kedua-dua ibu bapa. Sekiranye persetubuhan berlaku maka suami wajib memberi nafkah zahir dan batin kepada isteri.
Kebanyakkan orang mengatakan bahawa nikah gantung ini bertujuan untuk mengelakkan berlakunya zina. Sebut-sebut nikah gantung ni selalunya kita dengar kepada anak-anak muda yang masih menuntut ilmu atau mabuk bercinta, takut makwe dan pakwe dirampas orang lain, maka mereka sanggup merancang untuk kahwin gantung.Sebelum membuat keputusan kawin gantung ni, terlebih dahulu minta izin ibu bapa dahulu, jangan buat ikut nafsu sahaja, sebab masih banyak lagi tanggungjawab yang belum kita selesaikan terutamanya tanggungjawab sebagai seorang pelajar, tanggungjawab anak kepada ibu bapa yang berharap anak mereka memdapat kejayaan dalam pelajaran dan banyak lagi. Kalau ibu bapa bagi kawin, maka ia tidak menjadi masalah untuk melaksanakan perkahwinan. Redho ibu bapa ini penting sebab di situ ada keberkatannya. Hadis Nabi yang bermaksud :
Redho Allah itu atas redho kedua ibu bapa”.
Tidak boleh bersama bagi penganting lelaki yang belum bayar maskahwin kepada isterinya, kerana maskahwin adalah wajib, jika dia gagal membayarnya, maka dia tidak boleh lagi bersama dengan isterinya. Kalau boleh jangan berhutang maskahwin sebab dia tidak mahal. Beza dengan hantaran, kadang-kadang kita dengar hantaran sampai puluh-puluh ribu. Perkahwinan ini bertujuan untuk mencari keberkatan dan mencari kebahgiaan, janganlah sampai menyulitkan atau memayahkan pihak penganting lelaki dengan jumlah yang tinggi sehingga dia terlibat pula dengan hutang. Penganting lelaki dan perempuan boleh bersama jika wang hantaran belum dibayar, kerana hantaran adalah sunat. Tentang maskahwin pihak pengantin lelaki boleh berbincang dengan pengantin perempuan dengan cara yang baik. Kadang-kadang ada pengantin perempuan yang sanggup berikan duit maskahwin kepada suaminya untuk kegunaan tertentu seperti belajar, yuran dan sebagainya, maklumlah pengantin lelaki masih belajar. Ada setengah wanita dia tetapkan maskahwinnya murah dan ada yang minta Al-Quran sahaja. Apa-apapun berbincanglah dan selesaikanlah segala kesukaran dengan cara yang baik dan hikmah.
Rujukan di sini


