Pages

eeda kayrolakmal
Barangsiapa bertawakal kepada ALLAH, DIA akan mengadakan jalan keluar & memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka
Blog ini milik eeda kayrolakmal. Powered by Blogger.

Thursday, November 28, 2013

Bersabarlah wahai hati..

  1. Minggu ni teremosi skit sebabnye nak period..huhu...balik keje nangis dalam kete...ya Allah kau kuatkan aku untuk terus menghadapi ujian mu ya Allah...Sesunguhnye kepadaMu ak mengadu ya Allah...

    'Sesungguhnya besarnya pahala itu bergantung pada besarnya ujian, sesungguhnya Allah itu apabila dia mengasihi sesuatu kaum dia menguji mereka dengan kesusahan. Sesiapa yang reda dengan kesusahan itu akan mendapat keredhaan Allah dan siapa yang tidak redha maka dia akan menerima kemurkaan Allah.”
    Huraian Hadith:

    Orang beriman akan diuji menurut tahap keimanan dan kedudukan mereka di sisi Allah.

    Bersabar menghadapi bala atau penyakit akan menghapuskan dosa.
    Di antara tanda-tanda seseorang itu disayangi Allah ialah bala ujian yang ditimpakan ke atasnya.
    Oleh itu kita wajib bersabar atas kesusahan yang menimpa kita agar tidak ditimpa bala dua kali, yang keduanya ialah kerugian luput pahala.
    Seseorang yang sabar menghadapi kesusahan hidup adalah sebagai tanda bahawa dia dikasihi Allah. Orang yang tidak dikasihi Allah dilambatkan balasannya iaitu sampai ke hari kiamat
    Seseorang yang bersabar menghadapi kesusahan akan diberi ganjaran yang setimpal dengan kesusahan yang dihadapi itu.
    Seseorang yang ingin menjadi hamba yang dikasihi Allah dia hendaklah bersedia menerima ujian yang diturunkan Allah kepadanya, sebaliknya seseorang yang tidak redha menerima ujian Allah dia akan dibenci Allah.