Pages

eeda kayrolakmal
Barangsiapa bertawakal kepada ALLAH, DIA akan mengadakan jalan keluar & memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka
Blog ini milik eeda kayrolakmal. Powered by Blogger.

Thursday, January 2, 2014

Oder lasagna area nibong tebal


Teramatla letih hari ni..hehe..kne siap kan lasagna 5 bekas dari memb2 adik yang dok study kat usm...aduh letih gak nak wat sorang2 hehe..
Tq ye adik2 sebab oder..hehe.kak juai murah je sbb student price hehe...saje2 je ni dh cuti 4 hari x tau nak buat apa..
Ni lasagna che dah...
Dan snap 2 ja...letih sgt..hehe...5 bekas kot...

nyum2..

Wednesday, January 1, 2014

Selamat menempuh 2014


Kejap je masa berlalu....tup2 dh 2014 menjelma..bila dah masuk 2014 bertambahla angka umur che dah...lepas ni habis bulan satu masuk bulan dua plak...semoga tahun 2014 akan memberi lebih bermakna buat che dah n suami....semoga hubungan rumah tangga kami kekal hingga akhir hayat kami..semoga tahun ni kami di murahkan rezeki..dipanjangkan umur. 


Friday, December 27, 2013

Lasagna kali ke2

Lasagna beef
Ni nak story skit pasai lasagna che dah...Dh kali ke 2 che dah buat...sbelum ni buat hubby cakap masam sgt...memang la italian food slalunye masam skit..dah nama pun sos tomato..Kali ni buat ngn my hubby so dia yang buatkan kuahnye...
Che dah jengok resepi kat sini

Bahan untuk Sos Bolognese:1 biji bawang besar (dicincang)
2 ulas bawang putih (dicincang)
1 tin cendawan butang (potong ikut suka
1 bungkus daging cincang 400 gram
Tomato puri
2 sudu cili giling utk tambah sedikit pedas..(maklumla lidah melayu)
Garam secukup rasa


Bahan untuk Sos Putih :
2 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum
2½ cawan susu (guna susu Dutch Lady Full Cream)
2 keping keju cheddar (guna keju jenama Chesdale)
Sedikit garam

Lapisan atas
Parutkan keju cheddar 
Keju mozarella

Cara-cara memasak lasagna:-


1. Celurkan kepingan lasagna dengan air panas mendidih. Make sure kesemua lasagna tenggelam di dalam air panas tersebut. Ini bagi memastikan lasagna lebih lembut sewaktu dibakar nanti. Ketepikan.
2. Cara membuat sos putih. Sediakan periuk sederhana besar, buka api kecil dan panaskan mentega. Setelah cair, masukkan tepung dan gaul sehingga sebati. Kemudian masukkan susu, gaul sekali lagi dan akhir sekali masukkan keju cheddar serta garam secukup rasa. Gaul dan tutup api apabila kesemua bahan kelihatan sedikit likat.
3.  Sediakan bekas untuk membakar lasagna. Ikut kesesuaian oven korang. Kalau ada saiz yang just nice, gunakan jelah. Tapi make sure korang ingat, yang korang kena susun kepingan lasagna tuh bertingkat-tingkat ye.
4. Cara susunan Lasagna.
Lapisan pertama : Susun 2-3 keping lasagna di dalam bekas sehingga menutupi kesemua ruang. Letak kan sos bolognies, Kemudian tuangkan satu lapisan sos putih di atas permukaan daging. Taburkan lada hitam, oregano dan parutan keju.
5. Che dah buat 4 layer je. So ulang step yg sama..lepas letak kepingan lasagna -->sos prego --> sos putih. Yang atas sekali taburkan mozarella cheese ye..
8. Panaskan / preheat ketuhar / oven dahulu pada suhu 180ºC. Kemudian, bakar lasagna dengan suhu 180ºC selama 35 hingga 40 minit.



Tuesday, December 24, 2013

Snow cheese cake

Parutan cheese teralu halus
Hari ni genap 5 tahun usia perkahwinan che dah ngn suami..cepat sungguh masa berlalu...macam baru semalam je kawin...sepanjang 5 tahun usia perkahwinan ni che dah ter sangat bahagia bersama suami..walaupun kami masih berdua, setiap yg terjadi ada hikmah disebaliknye..Semoga kami tabah n redha dengan ujian ALLAH...Dok wat ayat sedih plak...
Nak story resepi snow cheese cake ni..buat cake ni sempena anniversary..Ni kali ke 2 che dah wat kek ni...makan modal gak buat kek ni..hehe..padanla org yg jual online tu ambik mahal harganye..
Resepi asal dari sni

SNOW CHEESE CAKE

UNTUK KEK:
6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
100 gram gula halus
100 gram tepung hong kong (che dah guna superfine)
60 gram tepung jagung (maizena)
50 gram air sejuk (dr peti ais)
1 sudu teh baking powder
2 sudu makan ovelet
75 gram mentega (dicairkan)

UNTUK KRIM:
1 kotak cream cheese philadelphia
1/2 tin susu pekat manis- (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2)

UTK TOPPING:
1/2 kotak kraft cheddar cheese (diparut)
Blueberry filling

Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan2 kecuali mentega cair dan putar.
2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair.Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
3. Sediakan acuan yang telah dialas dgn kertas minyak atau yang telah disapu dgn sedikit butter.
4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 170C.
5. Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.
6. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi,pas tu che dah letak plak bluebery filling kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
8. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
9. Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong.

Ni hasil kek che dah

Dari sudut atas..hehe
1 time buat..tempat parut x ada..so terpaksa potong2 cheese tu


Thursday, November 28, 2013

Bersabarlah wahai hati..

  1. Minggu ni teremosi skit sebabnye nak period..huhu...balik keje nangis dalam kete...ya Allah kau kuatkan aku untuk terus menghadapi ujian mu ya Allah...Sesunguhnye kepadaMu ak mengadu ya Allah...

    'Sesungguhnya besarnya pahala itu bergantung pada besarnya ujian, sesungguhnya Allah itu apabila dia mengasihi sesuatu kaum dia menguji mereka dengan kesusahan. Sesiapa yang reda dengan kesusahan itu akan mendapat keredhaan Allah dan siapa yang tidak redha maka dia akan menerima kemurkaan Allah.”
    Huraian Hadith:

    Orang beriman akan diuji menurut tahap keimanan dan kedudukan mereka di sisi Allah.

    Bersabar menghadapi bala atau penyakit akan menghapuskan dosa.
    Di antara tanda-tanda seseorang itu disayangi Allah ialah bala ujian yang ditimpakan ke atasnya.
    Oleh itu kita wajib bersabar atas kesusahan yang menimpa kita agar tidak ditimpa bala dua kali, yang keduanya ialah kerugian luput pahala.
    Seseorang yang sabar menghadapi kesusahan hidup adalah sebagai tanda bahawa dia dikasihi Allah. Orang yang tidak dikasihi Allah dilambatkan balasannya iaitu sampai ke hari kiamat
    Seseorang yang bersabar menghadapi kesusahan akan diberi ganjaran yang setimpal dengan kesusahan yang dihadapi itu.
    Seseorang yang ingin menjadi hamba yang dikasihi Allah dia hendaklah bersedia menerima ujian yang diturunkan Allah kepadanya, sebaliknya seseorang yang tidak redha menerima ujian Allah dia akan dibenci Allah.



Moist coklat kek

Assalam semua..dh lama x mengupdate blog ni..hehe..hari ni nak share resepi kek colat moist...
senang je..


Ok resepi


Bahan A
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 cawan minyak jagung
1 cawan gula pasir
1 cawan serbuk koko vanhouten (lagi sedap tapi mahal skit)

Bahan b
3/4 cawan tepung gandum
1 sdk soda bikarbonat
1 sdk baking powder


Bahan c
4 biji telur


cara penyediaan:
Semua bahan A di gaul sebati & di masak atas api dengan api perlahan-lahan
Bahan b di ayak , kemudian satukan bahan B & C kedalam bahan A secara berselang seli..
Gaul sebati & tuang di dalam loyang yang telah di gris..
Dan boleh dibakar @ di kukus..

mcm sedap kan..


Saturday, November 2, 2013

sweet thirty 30




hehe..sweet x tajuk aqi ni...today my bithday..bithday che dah yg ke 30 hehe..sekejap je masa berlalu..rasa macam baru je lepas sekolah..hehe...Bersyukur kehadrat illahi kerana di panjangkan usia sehingga ke usia 30-an..semoga di hari yang baik ini Allah terus panjangkan usia che dah n bahagia hingga akhir hayat che dah..

Aqi ni sempena my bithday, che dah masak sendiri..hehe..antara menu ari ni..nasi daging ngn air asam, kek moist coklat, soft cotton japanesse cheesecake ngn kuah rojak cicah buah jambu bola..

nnati che dah update resepi ye..


sedap tak...nyum2